Friday, May 8, 2009

Mengutamakan yang utama

Kepimpinan UMNO telah mengalami perubahan dengan menyaksikan pertukaran kepimpinan dikedudukan no 1,2,3 serta kebanyakannya muka2 baru yang menduduki kerusi ahli majlis tertinggi parti. Perubahan kepimpinan juga telah berlaku disayap2 wanita, pemuda dan puteri yang telah bersidang sebelumnya. Namun sehingga kini kira2 sebulan lebih dari tarikh perubahan pucuk pimpinan UMNO kita masih belum melihat atau menerima garis2 panduan secara jelas perubahan yang di canang2kan oleh semua pemimpin perlu dilaksanakan .

Kali ini arahan2 perlulah jelas dan dibuat untuk setiap peringkat. Daripada ahli2, ajk cawangan, ajk bahagian, badan perhubungan negeri dan ahli majlis tertinggi. Juga untuk mereka2 ang menjadi ADUN atau ADR/ADN, AMMK kerajaan negeri serta ahli2 kabinet. Perkara ini perlu diutamakan kerana kebelakangan ini kebanyakan kita tidak tahu atau sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab bersesuaian dengan kedudukan kita. Banyak yang apabila mendapat jawatan dan kedudukan lupa asal usul bagaimana ia memperolehi jawatan dan kedudukan tersebut. Lupa pada rakyat yang member undi , lupa pada parti yang meletakannya sebagai calon lalu rakyat dan orang2 parti pun dilayan acuh tak acuh.

Tanggungjawab serta peranan yang sebenar2nya mestilah diberikan dan kalau boleh di perincikan di setiap peringkat. Memang akan ada yang menyatakan tidak perlu kerana telah lebih 60 tahun umur UMNO pastilah semua ahlinya di setiap peringkat mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka, akan tetapi lihatlah sekarang ini bagaimana setiap kita dan peringkat pimpinan bertindak ? adakah tindakkan kita kebelakangan ini mencerminkan ahli/orang UMNO yang matang bersesuaian dengan peringkat dimana kita berada.

Kita harus melihat dari semua sudut terutama sudut ekonomi ahli2 secara keseluruhannya. Jarak kedudukan ekonomi ahli cawangan, bahagian, negeri dan pusat harus dirapatkan sedekat mungkin. Ahli melihat bagaimana kedudukan ekonomi sesetengah pemimpin yang begitu tinggi dan ini membuatkan mereka merasakan diri mereka telah dipergunakan seolah olah sebagai batu loncatan bagi mereka meraih kedudukkan ekonomi. Perkara ini akan lebih terasa apabila permohonan2 mereka tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pemimpin tersebut. Pemimpin2 terutama yang berjawatan dalam kerajaan dan agensi2 kerajaan perlulah memperuntukkan sebahagian gaji dan elaun mereka untuk keperluan rakyat dan parti. Janganlah semuanya hendak tunggu peruntukan dari kerajaan sahaja.

Mengutamakan yang utama mestilah di perjelaskan. Mana yang perlu didahulukan, melawat orang yang meninggal dunia atau mesyuarat exco dan cabinet. Tanyalah ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau ahli2 kabinet dan ahli parlimen serta ahli dewan negeri berapa orang dalam kawasan masing2 pada tahun 2008 lalu yang meninggal dunia dan berapa kali mereka sempat melawat. Ini belum masuk kenduri kahwin serta kenduri2 lain yang jika dihadiri oleh YB2 amat memberi kesan kepada rakyat dan parti. Tahniahlah kepada YB2 yang tak sempat melawat orang meninggal dunia tetapi tetap menziarah balu serta anak2 arwah secepat mungkin setelah selesai sesuatu acara.

Dari segi kemesraan pula semua peringkat pimpinan perlulah mempraktikannya dengan penuh ikhlas terutama mereka yang menjadi wakil rakyat serta mereka yang bekerja secara terus dengan wakil rakyat kerana layanan daripada mereka akan dapat menarik rakyat untuk berdampingan dengan mereka seterusnya menterjemahkannya dihari mengundi kelak. Saya ulangi “ pemimpin mestilah jangan tinggi tak tercapai , tidak rendah sampai mengapai, eloklah di tengah sama melambai “. Pemimpi jangan susah untuk dihubungi/didekati , jangan payah untuk member bantuan sehingga dilihat perlu dibantu, biarlah mudah berdampingan agar memanggil disahut dan dipanggil menyahut. Semoga ALLAH s.w.t memberikan kekuatan kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan ini kelak kita tidak menjadi bangsa yang bangsat berdagang di tanah air sendiri.

No comments:

Post a Comment