Sunday, April 5, 2009

Negaraku.

Tanah ini namanya tanah melayu, maknanya tanah ini orang melayu yg punya. Betul ke tanah ini org melayu yg punya?. Atau majoriti tanah di tanah melayu ini kepunyaan org melayu. Cerita pak kaduk yg menang sorak tapi kampung nya tergadai nampaknya macam nak berulang. Walaupun pd kwn cerita itu adalah utk pengajaran oleh org tua2 utk kita dimasa depan tapi gaya dan cara utk ia berlaku nampak semakin jelas. Di Kelantan dikhabarkan dahulunya amat susah utk mendapat geran kekal utk org melayu terutama org luar dan kaum pendatang ( cina ,india dll ) tetapi kini kaum pendatang yg telah beranak pinak di situ telah di berikan geran kekal utk menduduki kampung2 baru. Kita semua tahu kenapa kampung baru cina di wujudkan. Mereka ditempatkan di situ bagi menghindari mereka dari diugut oleh pihak komunis supaya membantu perjuangan mereka. ( kata2 yg untuk menyedapkan telinga kita mendengarnya ). Di bukit gantang ini pun banyak kampung2 baru diwujudkan bagi tujuan yg serupa yg sebelum ini di luluskan secara tol tetapi kini telah diberikan geran hak milik 999 tahun oleh parti pakatan rakyat. Ini ibarat paku 24 inci yg telah di pasak oleh parti pakatan rakyat bagi menentukan sokongan pengundi2 cina terus mengundi mereka pd setiap kali pilihanraya samada kecil atau umum. Bagi mereka masalah yg dihadapi selama lebih 50 tahun di bawah kerajaan BN telah di selesaikan oleh kerajaan pakatan rakyat dlm masa 10 hari mereka memerintah. Kini kaum pendatang ini dengan rakus mencari tanah2 kerajaan yg belum diusahakan utk di teroka dan dimajukan bagi membolehkan mereka memohon geran kekal yg mereka rasakan akan diperolehi secara ugutan kpd mana parti yg mahukan sokongan mereka utk memerintah negeri atau negara ini.
Inilah yg berlaku pd kita org melayu apabila kita tidak bersatu. Kita tahu keturunan mereka2 yg duduk di kampung2 baru ini. Mereka ini sama ada benar 2 yg lari dari komunis atau mereka ini adalah komunis yg telah menyusahkan pejuang2 kemerdekaan kita dahulu. Kini mereka telah pun mencapai hajat mereka dgn bantuan PAS dan PKR utk menjadikan tanah melayu ini tanah air mereka. Sedangkan masih ada lagi bekas2 pejuang kita yakni askar melayu yg berjuang menentang komunis dahulu masih belum mempunyai tanah. Org2 melayu yg berada dlm PAS dan PKR nampaknya seperti sengaja membuta kan hati dan perasaan mereka kerana inginkan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja sehingga menjual tanah air. Tidak terfikirkah oleh mereka bagaimana suatu hari nanti kita semua akan dikuasai oleh kaum2 pendatang ini dan pd masa itu adakah kaum ini akan melayan kehendak kita sebagaimana kita melayani kehendak mereka waktu ini. Fikir2kan lah. Adakah anak cucu kita akan menjadi org melayu di singapura atau anak2 di Palestin atau red Indian di amerika.

3 comments:

  1. sedara dia bekas MB perak tuh... memanglah sokong habis-habisan...

    ReplyDelete
  2. maruah orang melayu tergadai bila ada sesetengah melayu kemaruk nak berkuasa.sanggup mengikut telunjuk bukan melayu demi mengekalkan kuasa.dalam pada itu makin ramai yang mengikut jejak langkah pengkhianat bangsa ini, kenapa dan mengapa? itu yang melayu perlu fikirkan, adakah melayu dalam PR tidak lagi mahu berkuasa dan adakah melayu PR sanggup berkongsi kuasa atau pun ingin menyerahkan kuasa terus kepada bukan melayu. tapi jika di amati betul2 itu lah kehendak sesetengah melayu masa kini.bila nak berkuasa langsung tidak memikirkan nasib bangsa melayu dimasa depan.... janji hajat dia lepas yang lain2 orang lain akan fikirkan bagus sangat ke begitu." malasss nak cakap la bos"

    ReplyDelete
  3. sayang semuanya, sudah terlambat
    NENEK MOYANG KAYA RAYA
    sayang semuanya, sudah terlambat
    TERGADAI HABIS HARTA BENDA

    ReplyDelete