Friday, May 8, 2009

Mengutamakan yang utama

Kepimpinan UMNO telah mengalami perubahan dengan menyaksikan pertukaran kepimpinan dikedudukan no 1,2,3 serta kebanyakannya muka2 baru yang menduduki kerusi ahli majlis tertinggi parti. Perubahan kepimpinan juga telah berlaku disayap2 wanita, pemuda dan puteri yang telah bersidang sebelumnya. Namun sehingga kini kira2 sebulan lebih dari tarikh perubahan pucuk pimpinan UMNO kita masih belum melihat atau menerima garis2 panduan secara jelas perubahan yang di canang2kan oleh semua pemimpin perlu dilaksanakan .

Kali ini arahan2 perlulah jelas dan dibuat untuk setiap peringkat. Daripada ahli2, ajk cawangan, ajk bahagian, badan perhubungan negeri dan ahli majlis tertinggi. Juga untuk mereka2 ang menjadi ADUN atau ADR/ADN, AMMK kerajaan negeri serta ahli2 kabinet. Perkara ini perlu diutamakan kerana kebelakangan ini kebanyakan kita tidak tahu atau sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab bersesuaian dengan kedudukan kita. Banyak yang apabila mendapat jawatan dan kedudukan lupa asal usul bagaimana ia memperolehi jawatan dan kedudukan tersebut. Lupa pada rakyat yang member undi , lupa pada parti yang meletakannya sebagai calon lalu rakyat dan orang2 parti pun dilayan acuh tak acuh.

Tanggungjawab serta peranan yang sebenar2nya mestilah diberikan dan kalau boleh di perincikan di setiap peringkat. Memang akan ada yang menyatakan tidak perlu kerana telah lebih 60 tahun umur UMNO pastilah semua ahlinya di setiap peringkat mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka, akan tetapi lihatlah sekarang ini bagaimana setiap kita dan peringkat pimpinan bertindak ? adakah tindakkan kita kebelakangan ini mencerminkan ahli/orang UMNO yang matang bersesuaian dengan peringkat dimana kita berada.

Kita harus melihat dari semua sudut terutama sudut ekonomi ahli2 secara keseluruhannya. Jarak kedudukan ekonomi ahli cawangan, bahagian, negeri dan pusat harus dirapatkan sedekat mungkin. Ahli melihat bagaimana kedudukan ekonomi sesetengah pemimpin yang begitu tinggi dan ini membuatkan mereka merasakan diri mereka telah dipergunakan seolah olah sebagai batu loncatan bagi mereka meraih kedudukkan ekonomi. Perkara ini akan lebih terasa apabila permohonan2 mereka tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pemimpin tersebut. Pemimpin2 terutama yang berjawatan dalam kerajaan dan agensi2 kerajaan perlulah memperuntukkan sebahagian gaji dan elaun mereka untuk keperluan rakyat dan parti. Janganlah semuanya hendak tunggu peruntukan dari kerajaan sahaja.

Mengutamakan yang utama mestilah di perjelaskan. Mana yang perlu didahulukan, melawat orang yang meninggal dunia atau mesyuarat exco dan cabinet. Tanyalah ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau ahli2 kabinet dan ahli parlimen serta ahli dewan negeri berapa orang dalam kawasan masing2 pada tahun 2008 lalu yang meninggal dunia dan berapa kali mereka sempat melawat. Ini belum masuk kenduri kahwin serta kenduri2 lain yang jika dihadiri oleh YB2 amat memberi kesan kepada rakyat dan parti. Tahniahlah kepada YB2 yang tak sempat melawat orang meninggal dunia tetapi tetap menziarah balu serta anak2 arwah secepat mungkin setelah selesai sesuatu acara.

Dari segi kemesraan pula semua peringkat pimpinan perlulah mempraktikannya dengan penuh ikhlas terutama mereka yang menjadi wakil rakyat serta mereka yang bekerja secara terus dengan wakil rakyat kerana layanan daripada mereka akan dapat menarik rakyat untuk berdampingan dengan mereka seterusnya menterjemahkannya dihari mengundi kelak. Saya ulangi “ pemimpin mestilah jangan tinggi tak tercapai , tidak rendah sampai mengapai, eloklah di tengah sama melambai “. Pemimpi jangan susah untuk dihubungi/didekati , jangan payah untuk member bantuan sehingga dilihat perlu dibantu, biarlah mudah berdampingan agar memanggil disahut dan dipanggil menyahut. Semoga ALLAH s.w.t memberikan kekuatan kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan ini kelak kita tidak menjadi bangsa yang bangsat berdagang di tanah air sendiri.

Friday, May 1, 2009

orang atas orang bawah, berani kah kita ?

Berubah atau perubahan membabitkan dua pihak. Pertama orang yang membuat perubahan dan orang yang menerima perubahan. Kedua2nya mestilah benar2 berani untuk menerima segala bentuk perkataan dan perbuatan yang ikhlas daripada kedua2 belah pihak jika benar 2 ingin berubah.Tidak kira samada kita berada dimana,diatas,dibawah,didepan ,dibelakang,
dikanan atau dikiri. Walau dimana sekalipun posisinya kita harus berani menerima dan memberi pandangan/cadangan demi untuk berubah kepada yang lebih baik.
Orang di atas jangan merasakan pendapat/pandangan dia saja yang betul/benar maka yang dibawah mesti mengikut apa saja arahannya. Apakata minta dulu pendapat/pandangan dari bawah supaya dapat disuaikan dengan kemahuan yang diatas. Seboleh mungkin serapkan kemahuan yang di bawah kerana mereka yang akan lebih merasainya apabila sesuatu perkara telah diputuskan.
Orang bawah perlulah memberikan keyakinan yang penuh kepada orang diatas untuk membuat keputusan yang sewajarnya untuk kebaikan semua kerana mereka juga akan mengkaji dengan sedalamnya akibat dan risikonya sesuatu keputusan yang akan mereka lakukan. Sudah tentu ianya akan mengambil kira kepentingan orang ramai seluruhnya.
Soalannya ?
Betul ke orang2 diatas ini benar2 berani/ikhlas untuk mendengar rintihan mereka yang dibawah. Masa bila orang2 diatas ini nak mendengar rungutan mereka yg dibawah pula? Perjumpaan2 yang kebanyakannya di adakan ialah majlis bagi orang2 dibawah mendengar ucapan2 dari orang diatas. Maka terngangalah orang dibawah mendengar ucapan yang berapi2 dari orang diatas dengan bahasa yang kadang2 tak dapat difahami oleh orang dibawah yang mendengarnya.
“rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” / “rakyat dan parti memerintah kerajaan “
Ayat pertama slogan diatas adalah rakyat. Apakata kita ubah aturcara majlis2 atau program2 dimana kita selalunya menjemput pemimpin2 untuk hadir merasmikannya dengan dimulakan dengan mendengar rintihan/permasaalah/persoalan daripada mereka yang dibawah sebelum pengacara majlis menjemput pemimpin2 untuk memberi ucapan dan ucapan2 tersebut mestilah dapat menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh mereka tadi atau sekurang2 nya memberi maklum balas kepada perkara2 yang mereka perkatakan. Orang2 dibawah juga faham bahawa bukan semua perkara dapat diselesaikan dengan secepat mungkin tetapi sekurang2nya permasaalahan mereka secepat mungkin diketahui atau dalam maklum pemimpin2 yg sudah tentu akan sedaya upaya membantu menyelesaikannya.
Sekiranya ada perkara2 baru yg hendak d laksanakan untuk rakyat , eloklah dapatkan pandangan/pendapat dari rakyat seramai mungkin atau yang akan terlibat. Ini mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya di terima oleh mereka tentunya akan mendapat sambutan yang sepenuhnya. Begitu juga sekiranya tidak diterima maka kerajaan tidak akan membazirkan wang dengan melaksanakannya tanpa mendapat sambutan/penerimaan rakyat.
Apa macam ? nak berubah ke atau nak kena ubah.
Bersambung………………………………………………………….UMNO dan Perubahan

Sunday, April 5, 2009

Negaraku.

Tanah ini namanya tanah melayu, maknanya tanah ini orang melayu yg punya. Betul ke tanah ini org melayu yg punya?. Atau majoriti tanah di tanah melayu ini kepunyaan org melayu. Cerita pak kaduk yg menang sorak tapi kampung nya tergadai nampaknya macam nak berulang. Walaupun pd kwn cerita itu adalah utk pengajaran oleh org tua2 utk kita dimasa depan tapi gaya dan cara utk ia berlaku nampak semakin jelas. Di Kelantan dikhabarkan dahulunya amat susah utk mendapat geran kekal utk org melayu terutama org luar dan kaum pendatang ( cina ,india dll ) tetapi kini kaum pendatang yg telah beranak pinak di situ telah di berikan geran kekal utk menduduki kampung2 baru. Kita semua tahu kenapa kampung baru cina di wujudkan. Mereka ditempatkan di situ bagi menghindari mereka dari diugut oleh pihak komunis supaya membantu perjuangan mereka. ( kata2 yg untuk menyedapkan telinga kita mendengarnya ). Di bukit gantang ini pun banyak kampung2 baru diwujudkan bagi tujuan yg serupa yg sebelum ini di luluskan secara tol tetapi kini telah diberikan geran hak milik 999 tahun oleh parti pakatan rakyat. Ini ibarat paku 24 inci yg telah di pasak oleh parti pakatan rakyat bagi menentukan sokongan pengundi2 cina terus mengundi mereka pd setiap kali pilihanraya samada kecil atau umum. Bagi mereka masalah yg dihadapi selama lebih 50 tahun di bawah kerajaan BN telah di selesaikan oleh kerajaan pakatan rakyat dlm masa 10 hari mereka memerintah. Kini kaum pendatang ini dengan rakus mencari tanah2 kerajaan yg belum diusahakan utk di teroka dan dimajukan bagi membolehkan mereka memohon geran kekal yg mereka rasakan akan diperolehi secara ugutan kpd mana parti yg mahukan sokongan mereka utk memerintah negeri atau negara ini.
Inilah yg berlaku pd kita org melayu apabila kita tidak bersatu. Kita tahu keturunan mereka2 yg duduk di kampung2 baru ini. Mereka ini sama ada benar 2 yg lari dari komunis atau mereka ini adalah komunis yg telah menyusahkan pejuang2 kemerdekaan kita dahulu. Kini mereka telah pun mencapai hajat mereka dgn bantuan PAS dan PKR utk menjadikan tanah melayu ini tanah air mereka. Sedangkan masih ada lagi bekas2 pejuang kita yakni askar melayu yg berjuang menentang komunis dahulu masih belum mempunyai tanah. Org2 melayu yg berada dlm PAS dan PKR nampaknya seperti sengaja membuta kan hati dan perasaan mereka kerana inginkan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja sehingga menjual tanah air. Tidak terfikirkah oleh mereka bagaimana suatu hari nanti kita semua akan dikuasai oleh kaum2 pendatang ini dan pd masa itu adakah kaum ini akan melayan kehendak kita sebagaimana kita melayani kehendak mereka waktu ini. Fikir2kan lah. Adakah anak cucu kita akan menjadi org melayu di singapura atau anak2 di Palestin atau red Indian di amerika.

Wednesday, April 1, 2009

sejarah utk aku

selesai sudah perhimpunan agong UMNO kini saya berada di bukit gantang bersama2 mengikuti secara dekat perkembangan pilihanraya kecil parlimen bukit gantang.
perhimpunan agong UMNO baru2 ini adalah salah satu sejarah buat umno dan buat diri saya sendiri kerana ianya menyaksikan penyerahan kerusi presiden dan timbalan presiden UMNO. ucapan2 yang secara terus terang untuk kebaikkan UMNO telah di utarakan secara jelas dan penuh keikhlasan dan ianya diharap akan diambil perhatian oleh semua pihak samada pemimpin atau ahli di semua peringkat.
untuk wanita, pemuda, puteri dan majlis kerja tertinggi parti UMNO, perwakilan masing2 telah memilih kepimpinan mereka diatas kertas undi. maka semua perwakilan mestilah bertanggung jawab atas keputusan yg telah di terjemahkan. kita mesti akur dgn majoriti yg telah memilih, maka kita sebagai perwakilan meskipun pilihan kita tidak menang tapi kita harus berketuakan mereka yg menang dan melaksanakan kerja2 parti tanpa prajudis.kita tiada masa lagi utk memperkatakan tentang keputusan yg telah di buat, apa yg penting kita semua harus merapatkan barisan utk memperkuatkan parti kerana ALLAH utk agama , bangsa, dan negara.

Tuesday, March 17, 2009

kita serupa , bulu mata depan mata pun tak nampak

amat menyedihkan bila kalangan rakan2 yg kalah dlm pemilihan peringkat UMNO bahagian mahu pun sayap2 bahagian telah mengambil tindakan membuat lapuran kepada SPRM mahu pun lembaga disiplin UMNO pusat dgn mengatakan kemenangan oleh lawan mereka adalah melalui politik wang.

apa yg saya harapkan ialah keadilan dpt di cari dan di tegakkan. keadilan perlu di tegakan apabila ada orang yg terainaya. selalunya org yg terainaya yg akan membuat lapuran atau pun kawan2 atau sahabat2 mereka yg terainaya.

dlm hal politik wang ini siapa yg terainaya ? kalau yg kalah terainaya maka ia perlu membuat lapuran. harapannya si penerima lapuran perlu juga membuat siasatan keatas pelapur dan tertuduh bukannya bertindak terus mencari bukti utk mengesahkan lapuran tersebut.

kredibeliti si pelapur atau org yg dikatakan terainaya itu pun perlu di pastikan.

tanya dia kalau dia menang adakan dia akan melapurkan perkara tersebut atau tidak. saya cadangkan supaya apabila ada aduan politik wang maka calon yg menang dan yg kalah perlu di siasat kedua2 nya.

Monday, March 9, 2009

ALLAH hom masol li a'la saiyidina muhammad wa a'la ali saiyidina muhammad

assalamualaikum wbt
alhamdulillah hirobbila'lamin
ALLAHhommasollia'la saiyidina Muhhammad, waa'la ali saiyidina Muhhammad.

hari ini kita semua menyambut ulang tahun hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yg telah di utuskan oleh ALLAH yg membawa rahmat keseluruh alam.
marilah kita sama2 bermuhasabah dgn merenung kedalam diri kita sejauh manakah ajaran2 yg dibawa oleh Rasullullah SAW telah kita laksanakan baik dlm fardhu a'in atau kifayah. mana yg lebih kita dahulukan antara keduanya. hanya kita dan ALLAH sahaja yg mengetahuinya.
marilah kita sama2 memperbetulkan arah dan tujuan perjuangan kita dalam bermasyarakat supaya ianya seiring atau selari dengan ajaran yang dibawa oleh Rasullullah SAW supaya ianya kelak dapat menambah berat neraca timbangan kebaikan utk kita di hari akhirat.
seperkara yg amat susah utk di sematkan didlm hati kita ialah keikhlasan yg sebenar2nya. kadang2 keikhlasan yg pada awalnya akan bertukar menjadi sebaliknya akibat provokasi sesetengah pihak yg terpaksa dijawab atau di beri penjelasan. kebelakangan ini jika bantuan yg di berikan tidak di war2kan terutama oleh pihak tertentu maka akan ada pihak lain yg akan mengatakan bahawa pihak tertentu tidak memberikan bantuan. begitu juga dgn si penerima bantuan yg telah pun menerima bantuan dari pihak berwajib atau org persaorangan tetapi masih inginkan bantuan pihak lain lalu akan menyatakan bahawa ianya tidak menerima apa-apa bantuan pun setakat ini.
oleh itu marilah kita sama2 di setiap peringkat masyarakat bermula dari orang/pihak yg wajib memberi bantuan, pengurus bantuan, penyelaras bantuan sehinggalah kepada penerima bantuan untuk menyematkan keikhlasan dlm tindakan kita supaya ALLAH memudahkan urusan kita di akhirat nanti. nyatakanlah yg benar walaupun ia pahit, jgnlah kerana inginkan kelebihan utk kita maka kita menafikan kebenaran tersebut. cuma kebenaran yg hendak kita tampilkan itu mestilah kebenaran yg berpandukan fakta bukan kebenaran pada anggapan/fikiran kita sahaja. jika ianya kebenaran pada fikiran kita sahaja maka kita mestilah memberikan pertimbangan kebenaran kepada pihak lain.

mudah2han kita semua akan dapat menurut dan melaksanakan perintah ALLAH SWT serta mencontohi perlaksanaannya mengikut yg diajarkan oleh Rasullullah SAW kepada para sahabat2 baginda dan org yg soleh sebelum kita. semoga ALLAH SWT merahmati kita semua.

Tuesday, March 3, 2009

pokok besor,batu besor, cakap besor

besar ertinya pada pokok tempat bersidangnya dun perak namun doa d baca dgn yang di pertua dewan tak menadah tangan, mana nok nadoh dia org bukan islam sedangkan dewan bersidang dgn yang dipertua dewan di tua kan. sapalah melantik dia ni. lepas te yang di pertua bawok pulok ahli dewan bersidang bawoh pokok , kit'nya kawan tak pelik sebab dia ni memang tak boleh jumpa pokok. nok pulok pokok tu pelik sikit gayanya atau pun besor pada sekala. yg pelik bin ajaibnya hok kepioh putih yg tukang baca doa tadi pun ikut sekali besidang juga bawoh pokok te, nasib baik tak besila di bawoh kalau tidok kacou jadinya.
tak tau lah apa nak jadi dgn sedara mara kita di perak tu, mujurlah hok yg menyokong dr zamri tak hadir utk berkubu di depan bangunan dewan negeri te ,kalau tidok ngeri.. weh jadinya.
kitnya ngapa tak ada lalu org yg nyokong kerajaan dr zamri ni berkumpul dan menyatakan sokongan kepada dia. dia tak bagi ke atau tak ada org yg nyokong dia. dia kena check juga ada ke tidok org nyokong dia. kalo tentu tak ada baik letak je jawatan , buat malu kompeni je dan kalau ada manenya masa org ir nizar dok bertempek masa nok masok ke dewan negeri te.
kawan bukan nak melaga ke org perak, kit nya kawan ralat amat bila tengok satu pihak je yg beria sangat seolah pihak satu lagi tak bebatu.
batu pulok, tadi pokok.
cakap hal batu ni pun sedap juga, maklumlah masing2 ada belaka tinggal lagi sama besor ke, besor sebeloh ke atau dah kecut. batu ni macam2, ada batu api, batu loncatan ni hok batu d depan, ande pulok batu d belakang macam hati batu, kepala batu dan banyok lagi lah gamoknya.
bila banyok batu ni ada pada kita maka payohlah aman nya masyarakat kita. jadinya kurang2kan lah batu pada diri kita, kalo tesurok bawah songkok ke kepioh ke buang je lah . padan hok azali ma'da lah. malas cakaplah.......................

Wednesday, February 25, 2009

malas cakap lah.

assalamualaikum wbt

ppsmi telah di politikkan dengan hebat sekali. ppsmi ini adalah satu dasar oleh kerajaan untuk kebaikkan anak2 menjelang tahun 2020 khususnya ( katanya ). ianya untuk memudahkan anak2 memahami istilah2 pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

semua bangsa sayangkan bahasa mereka, kalau tidak tentulah melaysia ini mempunyai sekolah satu aliran sahaja. pencinta2 bahasa melaysia ( kononnya ) tidak mahu dasar ini diteruskan kerana nak menunjukkan bahawa bahasa melaysia juga boleh digunakan sebagai bahasa ilmu.

kalau sayang sangat ( kononnya ) kepada bahasa melaysia ngapa tak pejuangkan supaya satu aliran sahaja digunakan di sekolah2.
di indonesia dia orang sebut asam = acid, di malaysia kita sebut asid = acid, ngapa tak sebut cuka = acid. ini semua hak jenis air ( cecair ) .
ini belum masuk istilah2 untuk benda2 pejal dan serbuk. sulphur ke sulfur ke belerang.

kita lebih malu menggunakan/meminjam hak orang. tapi kita memang muka tak malu mengciplak/menghak milikan yang orang. banyak perkataan inggeris yang kita melaysiakan dengan muka tak malu kita. kalau terra ciptalah perkataan2 melaysia. eksyen sangat.
club /kelab, class/kelas, cement/simen, ceiling/siling dan banyok lagi, malas nok nyebutnya.

bagi chan lah budok2 kampong ni nak belajar cakap orang putih, kome pun nak eksyen juga macam org kolumpor. yg penting nya hantor cikgu2 pakor ke kampong2 , ini dok ! cikgu pakor ngajor sekolah bandor, asrama penuh. hantor hak standard tiga ke sekolah2 kampong , che hantor hak first class tengok berabuk ke tidak.

dana 50 juta utk pibg pun satu hal, ikut per-head. sekolah kampung paling ramai 200 ke 350 murid, tapi ada yang 60 ke 100 murid je. kalau RM 10.00 / head , sendiri kira lah. mana nak bersukannya, motivasinya,bina insannya,program upsr nya, pecutan akhirnya. last2 esok pancutan akhir je yang dapat. ye lah budok terkencing nak menjawab soalan periksa.

dahlah sekolah kurang 350 orang murid tak ada guru kaunseling. balik2 kome org kampong juga yang menerima akibatnya.

cukuplah, malas cakap dah kawan.

kita selalu mengambil kesempatan keatas perkara2 yang pada fikiran kita menguntungkan kita sahaja tanpa memikirkan apa yang sebenarnya dirasai oleh orang yang berhadapan dengan perkara tersebut. dalam hal ppsmi fikirkan lah masa depan anak2 kita. kita mungkin tak berpeluang tapi berikan lah mereka peluang untuk belajar.

ini pandangan saya, apa pandangan tuan , jangan kabur sudah.

Tuesday, February 10, 2009

aku dan politik

sehari dua ini saya menerima sms dari sahabat2 yg sama2 mengerjakan ibadath haji bersama2 saya pada tahun 2003/2004 yang terkejut apabila membuka blog saya kerana kebanyakannya menceritakan hal politik. mereka sedikit terkejut kerana semasa di sana saya sangat kurang bercerita mengenai politik walaupun ada antara mereka kerap bercerita mengenainya tetapi saya bersikap berdiam diri tanpa komen. pada saya cerita2 politik boleh menggangu ketenangan utk kita khusyuk dalam beribadath. kalau boleh cerita2 di tanah air kita tinggalkan di klia dan boleh kita ambil semasa kita pulang nanti. sedangkan waktu tenang pun sukar utk kita khusyuk inikan pula bila bermacam perkara berada dalam pemikiran kita. hanya pd ALLAH lah kita pohonkan kekhusyukan dalam beribadath. sesungguhnya hanya orang2 yg terpilih saja dapat sepenuhnya memisahkan diri dari hal dunia semasa beribadath. semoga kita semua menjadi orang2 yang terpilih itu, insyaALLAH.
bermasyarakat/berhubungan/politik sudah menjadi darah daging saya kerana semasa berumur 17 tahun lagi saya suda bergiat secara aktif tambah pula saya di besarkan dalam keluarga yg rumput di laman tak perlu di tebas/potong kerana kebiasaan orang ramai datang bertandang kerumah datuk saya ( tok jantan ) meminta bantuan/pertolongan/pandangan/nasihat dan sebagainya sebagai keperluan utk mereka bermasyarakat. mereka ini pula sentiasa berpakai seragam kemas terutama semasa bermesyuarat dan ini menambah minat saya utk mengikut jejak mereka. tambahan pula ayahanda, ayahanda saudara dan kekanda saya juga terlibat dalam kegiatan ini. satu perkara yang uniknya ialah tiadanya dorongan dari sesiapa pun dari dalam keluarga saya untuk sesiapa pun di dalam keluarga untuk menceburi bidang ini. pandai masing2lah .kalau ada pun setelah mereka melihat kita boleh diterima oleh masyarakat. saya tidak pernah di ajar/suruh untuk berpolitik.
namun politik juga boleh membuat kita dibenci oleh masyarakat. sesungguhnya amat payah untuk menjadi pemimpin kerana sukarnya untuk menjadi yang dipimpin. hanya pada ALLAH saya pohon utk sentiasa memberikan petunjuk agar saya melakukan perkara yang diredainya.

Monday, February 9, 2009

adakah bangsa melayu akan ma..?

bismilla hirrohma nirrahim

assalamualaikum warahmatullahhitaala wabarokatuh

hujung minggu ini tiga orang yang saya kenal dengan amat dekat telah kembali kerahmatullah. yg pertama seorang sahabat yg banyak memberi bantuan dalam saya bermasyarakat/politik. yg kedua seorang sahabat kepada kedua nenda dan ayahanda/bonda saya juga saudara dekat keluarga saya yang selalu saya berhubung terutama kerana ingatannya terhadap salasilah keluarga kami. juga apabila saya teringatkan kedua nenda saya maka dia akan bercerita terutama kisah semasa mereka belajar agama di terengganu. yg ketiga adalah seorang sahabat kepada ibu saya yg juga saudara dekat keluarga saya. yg pasti dengan ketiadaannya tiada lagi rencah nasi ulam yg sedap selain yg di buat oleh nenda saya( tok yah ) utk kami sekeluarga buat membuka selera pada bulan ramadhan. kedua2 saudara dekat saya ini telah dikebumikan di tanah perkuburan kg machang gelap, chenor. beginilah episod hidup yg mana seorang demi seorang dari orang yg kita kenal akan meninggalkan kita sehingga tiba waktu kita meninggalkan orang yang mengenali kita. semoga roh mereka ditempatkan bersama2 orang yang soleh/ah.

politik minggu ini dengan kisah rampasan kuasa oleh parti bn di negeri perak. kalau dulu kita tidak menyangka perkara ini akan berlaku di negara kita dan hanya mengetahuinya melaui berita maka bersiap sedialah kita untuk menghadapi perkara yg lebih dahasyat daripada ini akan berlaku di negara kita sekiranya kita semua rakyat malaysia tidak berhati2 dalam memilih kepimpinan. sekarang ini kita hanya melihat satu golongan sahaja yg berdemonstrasi, bagai mana apabila kedua2 golongan yg tidak menyokong dan menyokong sama2 berdemonstrasi. semasa penamaan calon pilihanraya yg mana keadaanya berbeza kerana persiapan keselamatan telah dibuat. cukupkah anggota keselamatan utk mengawal mereka2 yg sedang bersemangat utk menegakan kebenaran pihak masing2 dari bertindak sesuka mereka yg sesetengahnya tidak takut mati kerana ketaksuban mereka. adakah sesiapa terbau pada perang saudara.perang sesama saudara ini sudah dapat di rasakan kemenangannya milik siapa. bukan bangsa melayu sahaja yang ada dalam negara kita ini.

keadaan di perak berbeza dengan keadaan di terengganu kerana ia berkaitan dgn majoriti yang boleh memerintah dan bukannya soal memilih menteri besar. kumpulan manakah yang boleh diberikan kuasa memerintah sudah tentulah kumpulan yang mempunyai majoriti walaupun dengan satu kerusi. pada saya tiada kaitan dengan siapa yang menjadi menteri besar. menteri besar hanya di lantik dari kumpulan majoriti oleh Ketua Negeri, lainlah kalau sebaliknya.

kalau nak bubar dewan bubarlah masa kita menjadi majoriti, bukan nya setelah ahli kita lari dan kita menjadi minoriti. ahli jawatankuasa persatuan sekolah rendah pun tahu hal ini.

lebih parah pula, bila nizar bergasak dengan zambry maka ngeh pun tersengeh2. kita telah terhantok berkali2 sejak portugis malah sejak pateh karma wijaya lagi namun tak tengadah2 lagi. kita lupa pada sejarah bagaimana portugis menggunakan orang2 tentu untuk mengintip kelemahan kita dari dalam bagi memudahkan mereka menakluk bangsa kita. namun kita masih rela melakukan apa saja asal matalamat kita tercapai hatta walaupun tindakan kita itu dilihat boleh membunuh bangsa.

Wednesday, February 4, 2009

kambing mengembek selepas di sembelih

BismilahirohmanirrahimAssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhSelamat sejahtera.
Dua ke tiga minggu lepas saya menerima satu sms drp sesaorang yg no telefonnya tiada dlm simpanan saya menyatakan seorang calon timbalan peresiden UMNO berkata bahawa pilihanraya kecil boleh diadakan bila2 masa sekiranya beliau menang jawatan tersebut. Alangkah dungunya calon tersebut kerana tidak melihat pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagai contoh yang perlu di ambil pengajaran, katanya dalam sms tersebut
Maka saya yang dalam emosi yang agak terkilan/sedih ekoran berita2 politik wang/rasuah melibatkan ahli2 UMNO di Pahang khususnya telah menulis dan menghantar sms kepada kawan2/sahabat dalam UMNO untuk mendapatkan komen dan reaksi mereka. Semuanya bersetuju bahawa rasuah dalam ertikata membeli undi perlulah dibenteras sekiranya UMNO ingin terus memertabatkan Islam,Melayu,dan Malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan.
# sms saya,
Pemimpin atasan yg ingin mengekalkan kuasanya serta bercita2 tinggilah yangn akan /telah menempah tanah kubur utk UMNO. Kini d saat pemilihan MKT akan d adakan UMNO sedang di tunjukkan tapak tanah kuburnya dengan berita2 politik wang/rasuah. Penubuhan SPRM atas desakan pembangkang serta kebenaran untuk menyiasat urusan dalaman UMNO lebih menambah luas dan dalamnya kubur untuk UMNO.
Memang matlamat tidak menghalalkan cara begitu juga wang bukan segala2nya. Menang/kalah sudah ada ketentuannya. Kita hanya boleh berusaha dengan berbagai cara/kaedah. Kita kalah di Kuala Terengganu sedangkan kita berbelanja berbillion untuk orang Kuala Terengganu.
Selama ini dengan apakah kita menjaga ahli2 parti/masyarakat/tua muda di bawah yang perlukan alatan permainan,bil api/air yang tertunggak, menghantar anak ke asrama/universiti, keluarga yang sakit/bersalin di hospital sehingga dapur yang tak berasap kerana ada antara mereka yang berpendapatan tidak menentu yang perlu pembelaan supaya kita beroleh sokongan mereka bila sampai saat dan ketikanya nanti. Bukan untuk kita sahaja tapi untuk UMNO itu sendiri.
Tapi bila kawan2 kita di panggil untuk siasatan oleh SPRM kerana menerima RM 2/3 ratus daripada kawan2 dalam parti, tiada satu pemimpin pun yang bersimpati kepada mereka. Mereka ini rata2nya bekerja kerajaan dan baru balik dari Kuala Terengganu kerana membantu kerja parti untuk agama,bangsa dan negara sanggup bercuti dan berjauhan dengan keluarga. Jika sabit kesalahan mereka boleh di penjara, apa akan jadi pada mereka dan keluarga mereka. Inikah balasan UMNO kepada mereka. Jika ini yang akan di terima oleh ahli UMNO , adakah sesiapa yang nak masuk UMNO ?. Hal dalaman UMNO kita selesai secara dalamanlah, tak perlu campur tangan orang luar. Macam biasa dengar ayat ni. Jadi mengapa ajak SPRM hingga jadi kes dan bawa ke mahkamah awam .

ucapan mesyuarat perwakilan PPU maran 2008

Bismillahhirrohmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh,

Segala puji hanya pada ALLAH, selawat dan salam pada Rasullullah saw.

Bertemu kita di Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO ( PPU ) Bahagian Maran pada kali ini iaitu yang terakhir buat saya sebagai Naib ketua PPU Bahagian Maran dan sebagai ahli PPU .
Pada tahun ini genap 10 tahun saya berada dalam kepimpinan PPU Bahagian Maran di bawah 3 orang Ketua iaitu sdr Halimi Kamaruzzaman, Allahyarham Dato’ Saiful Bahri dan Ybhg Dato’ Hj Shamsul Najmi. Banyak kisah suka dan duka yang telah berlaku sepanjang tempoh tersebut dan akan saya jadikan pengajaran dan pedoman di masa-masa akan datang. Saya bersyukur kehadrat ALLAH swt dan berterimakasih kepada saudara2 saya juga kepada rakan2 saya yang tua dan yang muda daripada saya yang selama ini memberkan sokongan, teguran, dorongan serta tunjuk ajar,lebih2 lagi berdoa kepada ALLAH swt untuk saya dalam mengharungi politik pemuda. Tanpa saudara2 sekelian tentulah sukar untuk saya berada di sini. Saya amat berharap sokongan dan dokongan yang di berikan ini akan berterusan kepada saya selagi saya menjalankan tanggungjawab saya dengan baik kepada organisasi UMNO khususnya di Bahagian Maran ini.
Saudara2 sidang perwakilan yang di kasihi sekelian.
Di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan khususnya kepada saudara2 Ketua PPU Cawangan serta ahli2 PPU dalam bahagian maran di atas segala kesalahan tutur kata, perbuatan, tindakkan dan sebagainya oleh saya terutamanya jika ada kelalaian saya sebagai Naib Ketua PPU Bahagian Maran. Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan terimakasih kepada saudara2 Ketua PPU Cawangan khususnya mantan2 Ketua PPU Cawangan pada penggal 2004 - 2008 serta ahli2 PPU Cawangan yang telah memberikan kerjasama dalam semua aktiviti2 yang di anjurkan oleh PPU Bahagian mahu pun oleh UMNO Bahagian. Tanpa sokongan saudara2 selama ini tentulah sukar untuk PPU Bahagian merancang dan melaksanakan apa jua aktiviti.
Saya juga menyusun jari sepuluh memohon maaf serta berterimakasih kepada semua AJK PPU Bahagian termasuk Setiausaha kerja PPU Bahagian , begitu juga kepada AJK UMNO Bahagian serta kakitangan pejabat UMNO Bahagian Maran yang sentiasa memberikan kerjasama yang erat dalam aktiviti dan pengurusan PPU Bahagian.
Kemaafan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada Ybhg Dato’ Ketua PPU Bahagian yang memberikan sokongan dan kerjasama malah member ruang kepada saya untuk sama2 menerajui PPU Bahagian Maran. Lebih2 lagi kepada YB Dato’ Ketua UMNO Bahagian dan YB Wakil2 Rakyat yang sentiasa bersama2 dengan PPU Bahagian malah dengan Cawangan2 PPU bila saja berkesempatan.
Saudara2 sidang perwakilan yang di hormati sekelian.
Di kesempatan ini juga ingi saya berpesan agar kita semua menjadikan sejarah UMNO baik di pusat mahu pun di negeri dan lebih2 lagi di bahagian kita ini sebagai panduan dan ingatan untuk kita khususnya kepada kepimpinana pemuda baik di bahagian atau cawangan dalam kita mengolah dan mencorakkan organisasi PPU Bahagian Maran ini.
Memang benar “ lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang “ . Dari segi cara dan kaedahnya memang benar tetapi keputusannya pasti akan sama atau hampir2 sama. Yang harus kita ambil iktibar ialah keputusan yang lalu yang akan mengakibatkan kekecohan dalam organisasi, kemerosotan undi malah kalah dalam pilihanraya. Mengapa ianya menyebabkan kekecohan atau kekalahan , apa yang sepatutnya di lakukan, apa yang tak patut di lakukan dan sebagainaya. Cubalah sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah berlaku.
Satu perkara yang harus menjadi keutamaan kepada PPU masakini ialah memupuk minat generasi muda untuk menghayati perjuangan UMNO. Kita telah mendapat isyarat yang jelas melalui keputusan pilihanraya umum baru2 ini yang mana saluran 3 dan 4 kita mengalami kemerosotan malah kalah dalam undian yang melibatkan golongan muda. Saya amat percaya dan berharap kepimpinan PPU Bahagian Maran yang baru nanti akan dapat mencarti jalan bagi mengatasi perkara ini.
Siding perwakilan sekelian,
Sebagai pemimpin pemuda kita mestilah menjadi contoh kepada ahli 2 dalam semua perkara. Bukan sahaja contoh dalam hubungan kita dengan ALLAH swt yang amat utama , juga contoh dalam hubungan kita sesame kita,dengan sayap2 dalam parti, lebih2 lagi hubungan dengan kepimpinan di bahagian.”Yang tua di hormati lagi di kasihi kerana pengalaman dan nasihatnya, sama muda di sayangi kerana pandangan serta pendapatnya, dan yang muda di dekati dan di bombing untuk kebaikannya”. Sebagai pemimpin ,kita mestilah berada di kedudukan “ jangan tinggi tak tercapai, tidak rendah hingga mengapai, elok di tengah sama melambai “. Sementelah kita sebagai pemimpin hingga sukar untuk ahli2 menghubungi atau berjumpa dengan kita, jangan pula mudah di hubungi tapi sukar untuk memberikan bantuan atau pertolongan kepada ahli2 kerana kita sendiri pun memerlukan bantuan, eloklah kita sebagai pemimpin mudah berhubungan dengan ahli2 serta membantu setakat termampu setidak2 nya sempat mendengar permasalahan sambil minum2 pagi atau petang.
Walaubagaimana pun kita di bahagian maran ini amat bersyukur kehadrat ALLAH swt kerana di anugerahkan dengan pemimpin2 yang mudah di dekati untuk kita mengadu hal serta bertanya dan belajar melalui tugasan yang di berikan atau melalui pemerhatian kita terhadap mereka khususnya kepada YB Dato’ Ketua UMNO Bahagian, bekas2 Ketua PPU Bahagian serta kepimpinan bahagian yang ada kerana sentiasa menunjukan sikap baik sangka dalam melayani karenah kepimpinan dan ahli2 di peringkat bawahan. “ Elok kain, elok raginya. Elok pemimpin . elok negerinya.”
Saudara2 sekelian,
Akhir kata, saya meminjam kata2 yang di SMS kan kepada saya oleh seorang sahabat saya. Katanya “ apa guna kita menjadi pemimpin besar dalam parti , jika parti kita itu akan menjadi kecil”. “ Apa guna kita jagi parti yang berkuasa, jika parti kita itu akan hilang kuasa “ dan “ Apa guna kita hidup daloam parti , jika parti itu akan mati. Renung2kan apa kata sahabat tersebut dan semoga kita dapat membuat anjakan yang betul demi agama,bangsa dan Negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti, agar kita kelak tidak di persalahkan oleh mereka.
Sebagai menutup ucapan ini saya pohon ampun kepada ALLAH swt dan mohon maaf daripada saudara2 atas kesilapan kata2 dalam ucapan ini. Saya berdoa semoga ALLAH swt memberkati kita semua. Hidup UMNO, hidup Melayu, hidup Islam.
Sekian, assalamualaikum wbt

Tuesday, February 3, 2009

salam pertemuan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh,
dan Selamat Sejahtera.

ini hari pertama menulis di laman blog ( kalau pun terlambat, kata orang putih " batter late than naver " ) yang menjadi tempat luahan perasaan( hati ) dan minda( otak ) masakini. sebagai anak kampung dan masih tinggal di kampung yang lahir tanpa letrik tanpa air paip 45 tahun dahulu ianya adalah sejarah untuk diri sendiri. teringat kembali betapa susahnya orang dahulu bertanya khabar, berkirim berita dengan sanak saudara yang jauh ( waktu itu ) mengambil masa yang lama untuk diketahui. ibarat kalau sakit , kalau di lawat ( bukan liwat ) sudah sihat orangnya. menjadikan mereka menilai, menelah, memikir akan khabar yang di terima kerana kesahihan berita atau khabar itu mempunyai ruang untuk di isi dengan berbagai andaian walaupun khabar/berita itu di sampaikan orang ( manusia ).
dengan adanya ruangan blog seperti ini di masa kini di mana tiada tempat yang jauh, tiada bukit dan bukau semuanya rata belaka maka berita dan khabar sampai secepat mata memandang, secepat kata menyebut, secepat cahaya menyuluh tetapi ianya di bawa oleh angin (gelombang). kalau orang dulu2 khabar angin ini belum tentu sahihnya. kalau orang sekarang ? entahlah !
eloklah sekiranya sesiapa yang membaca tulisan di blog ini membuat semakan sekiranya terdapat perkara yang memerlukannya. ramai yang percaya tuli pada blog2 tertentu tanpa membuat rujukan yang sepatutnya. sekian.