Monday, February 9, 2009

adakah bangsa melayu akan ma..?

bismilla hirrohma nirrahim

assalamualaikum warahmatullahhitaala wabarokatuh

hujung minggu ini tiga orang yang saya kenal dengan amat dekat telah kembali kerahmatullah. yg pertama seorang sahabat yg banyak memberi bantuan dalam saya bermasyarakat/politik. yg kedua seorang sahabat kepada kedua nenda dan ayahanda/bonda saya juga saudara dekat keluarga saya yang selalu saya berhubung terutama kerana ingatannya terhadap salasilah keluarga kami. juga apabila saya teringatkan kedua nenda saya maka dia akan bercerita terutama kisah semasa mereka belajar agama di terengganu. yg ketiga adalah seorang sahabat kepada ibu saya yg juga saudara dekat keluarga saya. yg pasti dengan ketiadaannya tiada lagi rencah nasi ulam yg sedap selain yg di buat oleh nenda saya( tok yah ) utk kami sekeluarga buat membuka selera pada bulan ramadhan. kedua2 saudara dekat saya ini telah dikebumikan di tanah perkuburan kg machang gelap, chenor. beginilah episod hidup yg mana seorang demi seorang dari orang yg kita kenal akan meninggalkan kita sehingga tiba waktu kita meninggalkan orang yang mengenali kita. semoga roh mereka ditempatkan bersama2 orang yang soleh/ah.

politik minggu ini dengan kisah rampasan kuasa oleh parti bn di negeri perak. kalau dulu kita tidak menyangka perkara ini akan berlaku di negara kita dan hanya mengetahuinya melaui berita maka bersiap sedialah kita untuk menghadapi perkara yg lebih dahasyat daripada ini akan berlaku di negara kita sekiranya kita semua rakyat malaysia tidak berhati2 dalam memilih kepimpinan. sekarang ini kita hanya melihat satu golongan sahaja yg berdemonstrasi, bagai mana apabila kedua2 golongan yg tidak menyokong dan menyokong sama2 berdemonstrasi. semasa penamaan calon pilihanraya yg mana keadaanya berbeza kerana persiapan keselamatan telah dibuat. cukupkah anggota keselamatan utk mengawal mereka2 yg sedang bersemangat utk menegakan kebenaran pihak masing2 dari bertindak sesuka mereka yg sesetengahnya tidak takut mati kerana ketaksuban mereka. adakah sesiapa terbau pada perang saudara.perang sesama saudara ini sudah dapat di rasakan kemenangannya milik siapa. bukan bangsa melayu sahaja yang ada dalam negara kita ini.

keadaan di perak berbeza dengan keadaan di terengganu kerana ia berkaitan dgn majoriti yang boleh memerintah dan bukannya soal memilih menteri besar. kumpulan manakah yang boleh diberikan kuasa memerintah sudah tentulah kumpulan yang mempunyai majoriti walaupun dengan satu kerusi. pada saya tiada kaitan dengan siapa yang menjadi menteri besar. menteri besar hanya di lantik dari kumpulan majoriti oleh Ketua Negeri, lainlah kalau sebaliknya.

kalau nak bubar dewan bubarlah masa kita menjadi majoriti, bukan nya setelah ahli kita lari dan kita menjadi minoriti. ahli jawatankuasa persatuan sekolah rendah pun tahu hal ini.

lebih parah pula, bila nizar bergasak dengan zambry maka ngeh pun tersengeh2. kita telah terhantok berkali2 sejak portugis malah sejak pateh karma wijaya lagi namun tak tengadah2 lagi. kita lupa pada sejarah bagaimana portugis menggunakan orang2 tentu untuk mengintip kelemahan kita dari dalam bagi memudahkan mereka menakluk bangsa kita. namun kita masih rela melakukan apa saja asal matalamat kita tercapai hatta walaupun tindakan kita itu dilihat boleh membunuh bangsa.

2 comments:

  1. Manusia selalu lupa bahawa Yang Maha Berkuasa adalah Allah SWT... sesungguhnya perancangan Allah SWT lah yang akan mengatasi segalanya... terimalah qadak dan qadarnya...

    ReplyDelete
  2. dah memang gitu. sejarah dah terbukti. memang orang melayu lah yang nampak jadi penderhaka. macam kes di perak. yang berdemonstrasi dalam panas terik atau hujan lebat sekalipu atau yang berbaring atas jalan tu kebanyakannya geng "serban". tapi yang buat press statement dalam tv nak menderhaka dengan menyaman sultan geng "serban" juga. walaupun di atas kepala yang berbeza ia tetap digelar "serban".

    fikir-fikirkan lah. jaga lah kesucian "serban" milik kita.

    wassalam.

    Budak Cenor

    ReplyDelete