Wednesday, February 25, 2009

malas cakap lah.

assalamualaikum wbt

ppsmi telah di politikkan dengan hebat sekali. ppsmi ini adalah satu dasar oleh kerajaan untuk kebaikkan anak2 menjelang tahun 2020 khususnya ( katanya ). ianya untuk memudahkan anak2 memahami istilah2 pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

semua bangsa sayangkan bahasa mereka, kalau tidak tentulah melaysia ini mempunyai sekolah satu aliran sahaja. pencinta2 bahasa melaysia ( kononnya ) tidak mahu dasar ini diteruskan kerana nak menunjukkan bahawa bahasa melaysia juga boleh digunakan sebagai bahasa ilmu.

kalau sayang sangat ( kononnya ) kepada bahasa melaysia ngapa tak pejuangkan supaya satu aliran sahaja digunakan di sekolah2.
di indonesia dia orang sebut asam = acid, di malaysia kita sebut asid = acid, ngapa tak sebut cuka = acid. ini semua hak jenis air ( cecair ) .
ini belum masuk istilah2 untuk benda2 pejal dan serbuk. sulphur ke sulfur ke belerang.

kita lebih malu menggunakan/meminjam hak orang. tapi kita memang muka tak malu mengciplak/menghak milikan yang orang. banyak perkataan inggeris yang kita melaysiakan dengan muka tak malu kita. kalau terra ciptalah perkataan2 melaysia. eksyen sangat.
club /kelab, class/kelas, cement/simen, ceiling/siling dan banyok lagi, malas nok nyebutnya.

bagi chan lah budok2 kampong ni nak belajar cakap orang putih, kome pun nak eksyen juga macam org kolumpor. yg penting nya hantor cikgu2 pakor ke kampong2 , ini dok ! cikgu pakor ngajor sekolah bandor, asrama penuh. hantor hak standard tiga ke sekolah2 kampong , che hantor hak first class tengok berabuk ke tidak.

dana 50 juta utk pibg pun satu hal, ikut per-head. sekolah kampung paling ramai 200 ke 350 murid, tapi ada yang 60 ke 100 murid je. kalau RM 10.00 / head , sendiri kira lah. mana nak bersukannya, motivasinya,bina insannya,program upsr nya, pecutan akhirnya. last2 esok pancutan akhir je yang dapat. ye lah budok terkencing nak menjawab soalan periksa.

dahlah sekolah kurang 350 orang murid tak ada guru kaunseling. balik2 kome org kampong juga yang menerima akibatnya.

cukuplah, malas cakap dah kawan.

kita selalu mengambil kesempatan keatas perkara2 yang pada fikiran kita menguntungkan kita sahaja tanpa memikirkan apa yang sebenarnya dirasai oleh orang yang berhadapan dengan perkara tersebut. dalam hal ppsmi fikirkan lah masa depan anak2 kita. kita mungkin tak berpeluang tapi berikan lah mereka peluang untuk belajar.

ini pandangan saya, apa pandangan tuan , jangan kabur sudah.

3 comments:

  1. kalau kabur jugak, pakai spek mata...

    ReplyDelete
  2. Kabur? Jangan risau...

    Dapatkan pandangan dari sudut yang berbeza. Sudut "yang menjalankan tugas" PPSMI itu, bukan sudut pandangan yang mempolitikkannya.

    Baca lanjut di;
    http://rentaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya secara peribadi amat bersetuju 'about' (ewah.. ckp omputih la pulok)PPSMI walaupun awal nya saya rasa ianya amat menyusahkan.setelah hampir 6 tahun dijalankan ianya dah menjadi sebati dalam sistem pembelajaran anak2 di sekolah. saya serta isteri saya terpaksa membuka kamus untuk mengajar anak2 di rumah secara tak lansung, saya serta isteri saya dapat sikit2 memahami bahasa tersebut.bukan anak2 sahaja yang belajar malah ibubapa itu sendiri yang turut mendapat faedahnya.padangan saya bukan dari sudut politik tak gitu bos?

    ReplyDelete