Tuesday, February 3, 2009

salam pertemuan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh,
dan Selamat Sejahtera.

ini hari pertama menulis di laman blog ( kalau pun terlambat, kata orang putih " batter late than naver " ) yang menjadi tempat luahan perasaan( hati ) dan minda( otak ) masakini. sebagai anak kampung dan masih tinggal di kampung yang lahir tanpa letrik tanpa air paip 45 tahun dahulu ianya adalah sejarah untuk diri sendiri. teringat kembali betapa susahnya orang dahulu bertanya khabar, berkirim berita dengan sanak saudara yang jauh ( waktu itu ) mengambil masa yang lama untuk diketahui. ibarat kalau sakit , kalau di lawat ( bukan liwat ) sudah sihat orangnya. menjadikan mereka menilai, menelah, memikir akan khabar yang di terima kerana kesahihan berita atau khabar itu mempunyai ruang untuk di isi dengan berbagai andaian walaupun khabar/berita itu di sampaikan orang ( manusia ).
dengan adanya ruangan blog seperti ini di masa kini di mana tiada tempat yang jauh, tiada bukit dan bukau semuanya rata belaka maka berita dan khabar sampai secepat mata memandang, secepat kata menyebut, secepat cahaya menyuluh tetapi ianya di bawa oleh angin (gelombang). kalau orang dulu2 khabar angin ini belum tentu sahihnya. kalau orang sekarang ? entahlah !
eloklah sekiranya sesiapa yang membaca tulisan di blog ini membuat semakan sekiranya terdapat perkara yang memerlukannya. ramai yang percaya tuli pada blog2 tertentu tanpa membuat rujukan yang sepatutnya. sekian.

1 comment:

  1. salam...tahniah atas kejayaan saudara menubuhkan blog sendiri.. tidak ada yang tercepat dan terlewat kerana agama mengajar kita supaya menuntut ilmu dari kecil hingga keliang lahad.. Jadi selagi hayat dikandung badan teruskan perjuangan...

    ReplyDelete