Wednesday, February 4, 2009

ucapan mesyuarat perwakilan PPU maran 2008

Bismillahhirrohmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh,

Segala puji hanya pada ALLAH, selawat dan salam pada Rasullullah saw.

Bertemu kita di Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO ( PPU ) Bahagian Maran pada kali ini iaitu yang terakhir buat saya sebagai Naib ketua PPU Bahagian Maran dan sebagai ahli PPU .
Pada tahun ini genap 10 tahun saya berada dalam kepimpinan PPU Bahagian Maran di bawah 3 orang Ketua iaitu sdr Halimi Kamaruzzaman, Allahyarham Dato’ Saiful Bahri dan Ybhg Dato’ Hj Shamsul Najmi. Banyak kisah suka dan duka yang telah berlaku sepanjang tempoh tersebut dan akan saya jadikan pengajaran dan pedoman di masa-masa akan datang. Saya bersyukur kehadrat ALLAH swt dan berterimakasih kepada saudara2 saya juga kepada rakan2 saya yang tua dan yang muda daripada saya yang selama ini memberkan sokongan, teguran, dorongan serta tunjuk ajar,lebih2 lagi berdoa kepada ALLAH swt untuk saya dalam mengharungi politik pemuda. Tanpa saudara2 sekelian tentulah sukar untuk saya berada di sini. Saya amat berharap sokongan dan dokongan yang di berikan ini akan berterusan kepada saya selagi saya menjalankan tanggungjawab saya dengan baik kepada organisasi UMNO khususnya di Bahagian Maran ini.
Saudara2 sidang perwakilan yang di kasihi sekelian.
Di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan khususnya kepada saudara2 Ketua PPU Cawangan serta ahli2 PPU dalam bahagian maran di atas segala kesalahan tutur kata, perbuatan, tindakkan dan sebagainya oleh saya terutamanya jika ada kelalaian saya sebagai Naib Ketua PPU Bahagian Maran. Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan terimakasih kepada saudara2 Ketua PPU Cawangan khususnya mantan2 Ketua PPU Cawangan pada penggal 2004 - 2008 serta ahli2 PPU Cawangan yang telah memberikan kerjasama dalam semua aktiviti2 yang di anjurkan oleh PPU Bahagian mahu pun oleh UMNO Bahagian. Tanpa sokongan saudara2 selama ini tentulah sukar untuk PPU Bahagian merancang dan melaksanakan apa jua aktiviti.
Saya juga menyusun jari sepuluh memohon maaf serta berterimakasih kepada semua AJK PPU Bahagian termasuk Setiausaha kerja PPU Bahagian , begitu juga kepada AJK UMNO Bahagian serta kakitangan pejabat UMNO Bahagian Maran yang sentiasa memberikan kerjasama yang erat dalam aktiviti dan pengurusan PPU Bahagian.
Kemaafan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada Ybhg Dato’ Ketua PPU Bahagian yang memberikan sokongan dan kerjasama malah member ruang kepada saya untuk sama2 menerajui PPU Bahagian Maran. Lebih2 lagi kepada YB Dato’ Ketua UMNO Bahagian dan YB Wakil2 Rakyat yang sentiasa bersama2 dengan PPU Bahagian malah dengan Cawangan2 PPU bila saja berkesempatan.
Saudara2 sidang perwakilan yang di hormati sekelian.
Di kesempatan ini juga ingi saya berpesan agar kita semua menjadikan sejarah UMNO baik di pusat mahu pun di negeri dan lebih2 lagi di bahagian kita ini sebagai panduan dan ingatan untuk kita khususnya kepada kepimpinana pemuda baik di bahagian atau cawangan dalam kita mengolah dan mencorakkan organisasi PPU Bahagian Maran ini.
Memang benar “ lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang “ . Dari segi cara dan kaedahnya memang benar tetapi keputusannya pasti akan sama atau hampir2 sama. Yang harus kita ambil iktibar ialah keputusan yang lalu yang akan mengakibatkan kekecohan dalam organisasi, kemerosotan undi malah kalah dalam pilihanraya. Mengapa ianya menyebabkan kekecohan atau kekalahan , apa yang sepatutnya di lakukan, apa yang tak patut di lakukan dan sebagainaya. Cubalah sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah berlaku.
Satu perkara yang harus menjadi keutamaan kepada PPU masakini ialah memupuk minat generasi muda untuk menghayati perjuangan UMNO. Kita telah mendapat isyarat yang jelas melalui keputusan pilihanraya umum baru2 ini yang mana saluran 3 dan 4 kita mengalami kemerosotan malah kalah dalam undian yang melibatkan golongan muda. Saya amat percaya dan berharap kepimpinan PPU Bahagian Maran yang baru nanti akan dapat mencarti jalan bagi mengatasi perkara ini.
Siding perwakilan sekelian,
Sebagai pemimpin pemuda kita mestilah menjadi contoh kepada ahli 2 dalam semua perkara. Bukan sahaja contoh dalam hubungan kita dengan ALLAH swt yang amat utama , juga contoh dalam hubungan kita sesame kita,dengan sayap2 dalam parti, lebih2 lagi hubungan dengan kepimpinan di bahagian.”Yang tua di hormati lagi di kasihi kerana pengalaman dan nasihatnya, sama muda di sayangi kerana pandangan serta pendapatnya, dan yang muda di dekati dan di bombing untuk kebaikannya”. Sebagai pemimpin ,kita mestilah berada di kedudukan “ jangan tinggi tak tercapai, tidak rendah hingga mengapai, elok di tengah sama melambai “. Sementelah kita sebagai pemimpin hingga sukar untuk ahli2 menghubungi atau berjumpa dengan kita, jangan pula mudah di hubungi tapi sukar untuk memberikan bantuan atau pertolongan kepada ahli2 kerana kita sendiri pun memerlukan bantuan, eloklah kita sebagai pemimpin mudah berhubungan dengan ahli2 serta membantu setakat termampu setidak2 nya sempat mendengar permasalahan sambil minum2 pagi atau petang.
Walaubagaimana pun kita di bahagian maran ini amat bersyukur kehadrat ALLAH swt kerana di anugerahkan dengan pemimpin2 yang mudah di dekati untuk kita mengadu hal serta bertanya dan belajar melalui tugasan yang di berikan atau melalui pemerhatian kita terhadap mereka khususnya kepada YB Dato’ Ketua UMNO Bahagian, bekas2 Ketua PPU Bahagian serta kepimpinan bahagian yang ada kerana sentiasa menunjukan sikap baik sangka dalam melayani karenah kepimpinan dan ahli2 di peringkat bawahan. “ Elok kain, elok raginya. Elok pemimpin . elok negerinya.”
Saudara2 sekelian,
Akhir kata, saya meminjam kata2 yang di SMS kan kepada saya oleh seorang sahabat saya. Katanya “ apa guna kita menjadi pemimpin besar dalam parti , jika parti kita itu akan menjadi kecil”. “ Apa guna kita jagi parti yang berkuasa, jika parti kita itu akan hilang kuasa “ dan “ Apa guna kita hidup daloam parti , jika parti itu akan mati. Renung2kan apa kata sahabat tersebut dan semoga kita dapat membuat anjakan yang betul demi agama,bangsa dan Negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti, agar kita kelak tidak di persalahkan oleh mereka.
Sebagai menutup ucapan ini saya pohon ampun kepada ALLAH swt dan mohon maaf daripada saudara2 atas kesilapan kata2 dalam ucapan ini. Saya berdoa semoga ALLAH swt memberkati kita semua. Hidup UMNO, hidup Melayu, hidup Islam.
Sekian, assalamualaikum wbt

2 comments:

  1. Melayukan gagah dinusantara...
    Melayukan gagah dinusantara..
    Melayukan gagah dinusantara..

    ReplyDelete
  2. UMNO masih kuat dan gagah perkasa cuma taring je tercabut, sebab dah tua kot... tunggu la lepas bulan 3 ni taring baru keluar hehehe....

    ReplyDelete